Thursday, 30 August 2012

Pengenalan Ekskutif

Syarikat T-shirt Wan adalah merupakan sebuah syarikat yang menyediakan mengikut tempahan semua jenis kain dan jenis rekaan baju T dan sebagainya. Bidang ini dipilih adalah berdasarkan kepada lokasi yang dipilih untuk perniagaan ini yang dijangka mampu untuk memberi pulangan yang lumayan. Bidang ini adalah merupakan bidang yang semakin maju dimana perniagaan ini dibuka secara besar-besaran. Dengan itu, organisasi ini telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan ini berdasarkan kepada pengalaman dan jumlah persaingan yang masih kurang di negara ini.

Keistimewaan Syarikat T-shirt Wan secara besar-besaran adalah kesemua barang berkaitan dengan jenis kain serta rekaan baju T mengikut keadaan semasa dapat dicari dalam satu tempat sahaja. Ini juga bertujuan untuk memudahkan para pelanggan untuk membeli di syarikat ini kerana tidak perlu bersusah payah untuk mencari satu benda itu dari pengeluaran syarikat  yang lain. Dengan jumlah pengalaman yang ada pada setiap pengurus-pengurus, syarikat ini mampu untuk bersaing dengan syarikat lain. Selain itu, kemahiran dan kreativiti juga dapat ditingkatkan atau dipelbagaikan bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli.

Sasaran pasaran bagi perniagaan ini adalah ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat yang termasuk Kementerian-kementerian, Agensi Kerajaan, Sekolah-Sekolah, Agensi Swasta, Pengguna awam, pelajar-pelajar dan sebagainya. Syarikat ini merupakan salah satunya syarikat yang mengeluarkan rekaan baju T yang direka oleh pekerja-pekerja yang berbakat selain dapat mengikut kehendak dan memenuhi kepuasan pelanggan serta mengikut trend semasa.

Setiap jenis peralatan jahitan dan cetakan yang dipesan daripada pembekal adalah berkualiti dan terjamin dari segi kualitinya. Yang mana, untuk semua jenis kain adalah dibekalkan oleh Syarikat Quality Fabric and Textile (M) Sdn Bhd. Alatan cetakan yang lain juga dibekalkan oleh pihak Printing Malaysia Sdn Bhd. Keadaan ini adalah merupakan satu tarikan kepada pelanggan untuk membeli baju T yang berkualiti serta dijual pada harga yang berpatutan. Kualiti adalah merupakan salah satu faktor utama yang akan menyebabkan sesebuah perniagaan akan dinilai dari segi baik dan buruk. Faktor ini memainkan peranan kerana jika sesebuah perniagaan kain dan tempahan rekaan yang tidak berkualiti maka dengan itu, pelanggan akan beranggapan bahawa wang yang mereka gunakan untuk membayar tempahan baju T yang dijual disebuah syarikat adalah tidak berbaloi sama sekali. Oleh itu, syarikat kami telah mencadangkan agar setiap jenis kain dan warna cetakan serta rekaan tempahan pelanggan yang dijual di dalam syarikat adalah berkualiti serta berpatutan.

Dengan tidak merugikan pelanggan kami untuk membeli di butik baju T syarikat ini, pihak pengurusan telah mencadangkan untuk butik ini beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan yang baik serta selesa. Dimana, butik ini akan diubahsuaikan dan dilengkapi dengan penghawa dingin, ‘fitting room’, keahlian pembeli dan sebagainya. Keahlian ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar sahaja, dimana setiap keahlian ini akan diberi potongan harga sebanyak 10% pada hari-hari biasa dan manakala pada hari promosi keahlian ini akan mendapat 10% tambahan terhadap jumlah peratus barangan yang dibeli. 

Walaupun peredaran zaman semakin berkembang dengan pelbagai jenis teknologi canggih untuk digunakan, bidang rekaan baju T ini tidak akan dapat diketepikan buat masa ini. Walau demikian masalah tersebut masih jauh untuk difikirkan, akan tetapi keadaan demikian melanda bidang ini. Syarikat akan membuat rombakan keatas produk yang diniaga dengan menukarkan produk tersebut mengikut kepada peredaran masa terhadap keluaran teknologi-teknologi yang canggih.




 
PENGENALAN

            Syarikat T-shirt Wan telah dibuka dengan rasminya pada  3 oktober 2006 di lokasi No. 1, Tingkat 1, 2, & 3, Jalan Alammesra, 94500 Kota Kinabalu,Sabah. Pada peringkat awal perniagaan ini menjalankan kegiatan menjahit, mencetak baju dan menjualnya. Sebulan selepas beroperasi, Syarikat T-shirt Wan mengambil keputusan untuk membuat penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan tempahan membuat dan menghantar  baju kepada pelanggan. Syarikat T-shirt Wan juga menyediakan latihan sambil bekerja kepada graduan-graduan universiti yang berminat dalam bidang ini seperti mereka, menjahit, mencetak baju T.

            Pada peringkat awal, Syarikat T-shirt Wan mempunyai 10 orang pekerja yang dilatih sendiri oleh pengurus dan turut dibantu oleh pembantunya.  Para pekerja terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan tempat kerja.  Pada awal tahun 2007, Syarikat T-shirt Wan telah menambah bilangan pekerja kepada 5 orang dan menjadikan jumlahnya seramai 15 orang.  Mereka telah diberikan latihan semasa bekerja dan sedikit sebanyak kemahiran mereka semakin meningkat dengan lebih maju.

            Berdasarkan prestasi syarikat yang menggalakkan dan keazaman untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.  Syarikat T-shirt Wan bercadang untuk membuka cawangan baru di  No. 1, Tingkat 1, 2, & 3, Jalan Alammesra, 94500 Kota Kinabalu,Sabah.tidak beberapa jauh dari cawangan lama.  Dengan rancangan pembesaran ini, Syarikat T-shirt Wan dijangka akan menambahkan kapasiti pengeluarannya ke tahap yang maksimum.

            Pemegang utama bagi syarikat ini ialah adalah En.Ridhwan Masri dan 3 rakan kongsi  yang lain masing-masing menyumbang modal sebanyak RM 30,000 dan menjadikan modal permulaan sebanyak RM 120,000 tanpa sebarang pinjaman daripada pihak bank. Dengan berkat Tuhan, berkat kerja  keras dan komitmen yang ditunjukkan oleh para pekerja  yang tinggi Syarikat T-shirt Wan telah dapat menunjukkan prestasi yang memberansangkan.  Berdasarkan rekod kewangan yang lalu,  Syarikat T-shirt Wan mencatatkan keuntungan bersih sebelum cukai dan ambilan sebanyak RM 104,126.25 pada disember 2006 dan RM 129,866.00 pada disember 2007.  Jangkaan keuntungan pada tahun yang akan datang dijangka akan terus positif kerana pembukaan cawangan baru.  Dengan adanya bantuan pinjaman daripada pihak Bank Pembangunan adalah diharapkan impian ini akan menjadi kenyataan.


Wednesday, 29 August 2012

Fungsi Perniagaan

PERNIAGAAN
Perniagaan Mestilah Mempunyai Fungsi-Fungsi Asas Pengurusan

1. Perancangan
Perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum sesebuah organisasi memulakan aktiviti. Perkara yang perlu dipersoalkan pada peringkat ini ialah : Tujuan dan Objektif mengenal pasti perkara yang ingin dicapai berdasarkan maklamat penubuhan organisasi. Strategi organisasi organisasi perlu mencari jalan untuk mencapai matlamat dan tujuan. strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

2. Penyusunan
Melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan. Struktur organisasi dibina untuk menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti.

3. Pengarahan
Fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian

4. Pengawalan 
Fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu di ambil. Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.