PERNIAGAAN
Perniagaan Mestilah Mempunyai Fungsi-Fungsi Asas Pengurusan
1. Perancangan
Perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum sesebuah organisasi memulakan aktiviti.
Perkara yang perlu dipersoalkan pada peringkat ini
ialah :
Tujuan dan Objektif
mengenal pasti perkara yang ingin dicapai berdasarkan maklamat penubuhan organisasi.
Strategi organisasi
organisasi perlu mencari jalan untuk mencapai matlamat dan tujuan.
strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.
2. Penyusunan
Melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan.
Struktur organisasi dibina untuk menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti.
3. Pengarahan
Fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni.
Faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian
4. Pengawalan
Fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.
Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu di ambil.
Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.
No comments:
Post a Comment